X Politikus Bawang. Dated 17 August 2018.
Hari ni sudah 100 hari Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia. Rakyat sudah memilih semasa 9 Mei 2018. Adakah rakyat membuat pilihan yang betul? Entahlah. Kalau kita baca surat khabar atau internet, tak habis-habis menghentam pembangkang iaitu pihak Barisan Nasional (BN). Pelik jugak. Siapa yang pembangkang? Siapa yang Kerajaan? Apa-apa hal pun, biarlah Rakyat di minda dan di hati politikus agar berbaloi untuk Rakyat yang merubah landskap politik Malaysia pada 9 Mei 2018 tempoh hari.
Blog Post ini adalah yang pertama untuk Politikus Bawang sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan PH. Blog ini akan terus memantau gerak-geri politikus Malaysia, tidak kira dari pihak Kerajaan atau pihak Pembangkang, dan akan berkhidmat untuk mengetengahkan isu-isu yang relevan untuk Rakyat memahami hak mereka dan sekaligus, dapat membuat kesimpulan yang memadai sebagai pengundi dan penentu Kerajaan. Ingat! Rakyat mesti bertanggung-jawab untuk memahami isu-isu yang berkait rapat dengan hal-hal pemerintahan agar dapat membuat pilihan yang betul di pilihanraya di masa hadapan.
Sebagai permulaan, gambarajah di bawah memberi kita gambaran perasaan Rakyat ketika ini. Diharap pihak PH dapat memperkukuhkan lagi agenda Rakyat dan berhenti mencari kesalahan BN. Pihak BN pula harus ikhlas dalam memperdebatkan hal-hal Kerajaan demi kepentingan Rakyat.

Comments
Post a Comment